Wednesday, April 23, 2008

Tanggungjawab Isteri / Suami.

[Nota yang dicuri dalam buku tingkatan Lima Anak saya]
1. Tanggungjawab suami.( Mungkin satupun tidak ada pada saya)
• Menyediakan keperluan asas kepada isteri dan anak berdasarkan kemampuan
• Memberi nafkah zahir dan batin
• Bertanggungjawab terhdap pendidikan anak
• Mencurahkan kasih sayang kepada isteri dan anak
• Mewujudkan pergaulan yang baik
• Memberi perlindungan kepada isteri dan anak
• Adil jika berpoligmi

2. Ciri-ciri suami yang baik( Ini lagi ler tak dak)
• Beriman
• Berakhlak mulia
• Bertanggungjawab
• Taat pada ajaran islam
• Berilmu pengetahuan

3. Tanggungjawab isteri( Ha..Semua nya ada pada mu)
• Mentaati suami berdasarkan kehendak islam
• Menjaga maruah diri dan harta suaminya
• Menjaga kebersihan diri dan anak seta rumah tangga
• Menjaga dan mendidik anak dengan sempurna
• Mengadakan pergaulan yang baik
• Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami

4. Ciri-ciri isteri yang solehahm (Lagi senarai yang ada pada dirimu)
• Beriman
• Berakhlak mulia
• Patuh pada ajaran islam
• Menjaga kehormatan / maruah diri
• Berilmu pengetahuan
• Sentiasa melakukan kebaikan

5. Tanggungjawab bersama( Tetapi tanggungjawab ini U saja yang pikul)
• Berusaha mengekalkan kebahagiaan rumah tangga
• Memberi pendidikan kepada anak
• Memberi kasih sayang kepada anak
• Memberi layanan baik kepada keluarga kedua-dua belah pihak
• Sama-sama berkorban untuk kebahagiaan anak

6. Kesan pengabaian tanggungjawab terhadap keluarga
• Hubungan suami isteri akan renggang dan berlaku perselisihan
• Pasangan suami isteri mungkin akan memilih perceraian sebagai jalan penyelesaian masalah hubungan suami isteri
• Anak-anak menjadi mangsa perceraian dan akan terabai didikan serta kasih sayang

7. Kesan kerukunan rumahtangga terhadap pembangunan umat
• Keluarga merupakan salah satu komponen terpenting yang membentuk identiti masyarakat
• Akan lahir para cendekiawan dan pemimpin berkaliber kerana mendapat didikan yang baik dari keluarga yang harmoni
• Akan lahir anak-anak yang cemerlang dan bijak

8. Persiapan ke arah keluarga bahagia
• Dari sudut ilmu pengetahuan
Dengan mendalami ilmu agama
Dengan mendidik anak-anak dengan ilmu pengetahuan
Dengan mengetahui ilmu-ilmu semasa sebagai persiapan kearah keluarga bahagia

• Dari sudut ekonomi
Perlu dirancang awal agar tidak menjadi beban pada masa akan datang
Keutamaan diberi untuk mengurus makan minum, pakaian, tempat tinggal dan pendidikan yang sempurna
• Dari sudut akhlak
Ia adalah tonggak keharmonian keluarga
Tanpanya keluarga akan kucar kacir
Suami perlu menjadi contoh terlebih dahulu dan menjadi ikutan kepada isteri dan anak
Nilai murni perlu diterapkan seperti hormat-menghormati, bertimbang rasa, tolong-menolong dll bagi menjamin keluarga yang bahagia.

No comments: